SYARAT – SYARAT DAN PERATURAN
PERTANDINGAN PIDATO ALAM LESTARI
ANTARA INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI 2014
PIALA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PPSPPA
DISEDIAKAN OLEH:
SEKRETARIAT MAJLIS DEBAT UNIVERSITI-UNIVERSITI MALAYSIA
(MADUM)
Dan
PPSPPA
SYARAT – SYARAT DAN PERATURAN
PERTANDINGAN PIDATO ALAM LESTARI
ANTARA INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI 2014
1. AM
1.1 Peraturan ini diterima pakai untuk Pertandingan Pertandingan Pidato Alam
Lestari Antara Institusi Pengajian Tinggi 2014,Piala Ketua Pegawai Eksekutif
PPSPPA anjuran Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan
Awam. dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Majlis Debat
Universiti-universiti Malaysia (MADUM) serta Universiti Malaya.
1.2 Tafsiran peraturan ini adalah hak mutlak Pengerusi Jawatankuasa
Teknikal dan Penghakiman Pertandingan. Keputusan Pengerusi
Jawatankuasa Teknikal dan Penghakiman Pertandingan adalah
muktamad.
1.3 Pengerusi Jawatankuasa Teknikal dan Penghakiman Pertandingan
mempunyai hak untuk meminda sebarang peraturan sebeum
permulaan pertandingan sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh
Jawatankuasa.
2. TAFSIRAN
2.1 ‘Ketua Hakim’ dan ‘Panel Hakim’ bermaksud individu-individu yang
dilantik oleh pihak penganjur untuk memegang jawatan-jawatan
tersebut.
2.2 ‘Institusi Pengajian Tinggi’ bermaksud semua institusi pengajian
tinggi yang berdaftar sebagai institusi Pengajian tinggi di Malaysia.
2.3 ‘Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan’ adalah individu yang
dilantik oleh pihak Majlis Debat Universiti-uibersiti Malaysia dengan
persetujuan penganjur untuk memegang jawatan tersebut.
3. STRUKTUR KEJOHANAN
Kejohanan ini dijalankan dalam kategori Bahasa Melayu.
4. PENYERTAAN
Setiap institusi pengajian tinggi hanya boleh menghantar SATU (1) orang wakil
untuk mewakili institusi tersebut.
5. KELAYAKAN
5.1 TERTAKLUK KEPADA PERKARA 5.2, pemidato adalah terbuka kepada
mahasiswa dan mahasiswi ataupun pelajar-pelajar yang sedang menuntut
di Institusi Pengajian Tinggi berdaftar di Malaysia.
5.2 Untuk layak memasuki pertandingan pidato ini, peserta mestilah terdiri
daripada pelajar peringkat ijazah PERTAMA atau pelajar peringkat
diploma daripada institusi yang diwakili. Pengesahan bahawa pemidato
adalah pelajar institusi berkenaan hendaklah dibuat oleh pihak institusi.
5.3 Peserta hanya boleh berpidato untuk institusi yang mendaftarkannya
sahaja.
6. FORMAT PERTANDINGAN
6.1 Peserta akan menyampaikan Pidato dengan tema “Transformasi Minda
Ke Arah Pemeliharaan Alam Sekitar Lestari”
6.2 Pemidato akan menentukan sendiri tajuk pidato yang akan
disampaikannya. Tajuk pidato yang ditentukan perlu bersesuaian dan
bertepatan dengan tema “Transformasi Minda Ke Arah Pemeliharaan
Alam Sekitar Lestari”. Pihak penganjur berhak menolak mana-mana
tajuk yang dirasakan tidak bersesuaian atau bertepatan dengan tema
pertandingan. Pemidato boleh menggunakan tajuk yang sama untuk
setiap pusingan atau menggunakan tajuk yang berlainan untuk setiao
pusingan.
6.3 Pertandingan ini terbahagi kepada 3 peringkat iaitu Peringkat Pusingan
Awal, Peringkat Separuh Akhir dan Akhir.
6.4 Lima belas (15) orang pemidato terbaik pada Peringkat Pusingan Awal
akan dipilih untuk bertanding di Peringkat Separuh Akhir.
6.5 Tujuh (7) orang pemidato terbaik pada Pusingan Separuh Akhir akan
dipilih untuk bertanding di Peringkat Akhir.
6.6 Format untuk Peringkat Pusingan Awal dan Separuh Akhir adalah sama
manakala Peringkat Akhir adalah berbeza.
6.7 Penentuan kedudukan adalah berdasarkan kepada kriteria yang berikut:
(a) Jumlah mata
(b) Jumlah purata markah keseluruhan
(c) Jumlah purata markah isi
(d) Jumlah purata markah gaya persembahan
(e) Jumlah purata markah bahasa
6.8 Peringkat Pusingan Awal dan Separuh Akhir terdiri dari satu bahagian
sahaja iaitu bahagian pidato teks. Pemidato diberi masa 7 minit untuk
menyampaikan pidato berdasarkan tajuk yang telah pun dipilih sejak awal.
Pada Peringkat Separuh Akhir, Pemidato boleh mengekalkan tajuk yang
dipertandingkan pada Peringkat Pusingan Awal atau menukar kepada
tajuk lain.
6.9 Peringkat Akhir terdiri dari dua bahagian, iaitu bahagian pidato teks dan
bahagia pidato spontan. Pemidato diberi masa 7 minit untuk
menyampaikan pidato berdasarkan tajuk yang dipertandingkan pada
Peringkat Separuh Akhir atau menukar tajuk lain. Bahagian Pidato
Spontan akan berlangsung sejurus selepas para peserta menamatkan
Pidato Teks masing-masing. Para pemidato akan membuat cabutan nama
hakim yang akan menyoal soalan bagi bahagian pidato spontan daripada
Pengerusi Pertandingan. Pengerusi pertandingan akan mengumumkan
hakim yang terpilih untuk menyoal pemidato. Soalan mestilah berkisar
tentang pidato yang disampaikan dan tidak melebihi 45 saat. Pemidato
akan diberi 30 saat untuk membuat persediaan dan 2 minit untuk
menjawab soalan.
6.10 Penentuan giliran untuk pidato bagi Peringkat Pusingan Awal, Separuh
Akhir dan Akhir adalah berdasarkan cabutan undian.
7.0 FORMAT PEMARKAHAN
7.1 Bahagian Pidato Teks:
a) Isi (40 markah)
Pemidato akan diadili dari segi pengutaraan isi-isi yang bernas, huraian,
data-data dan contoh yang tepat serta bersesuaian dengan tajuk pidato
yang dipilih.
b) Penyampaian (40 markah)
Pemidato akan diadili dari segi persembahan yang lancar, kesesuaian
nada serta persembahan yang menyakinkan penonton. Pemidato juga
perlu menunjukkan gaya yang menarik dan susunan idea yang tertib.
c) Bahasa (20 markah)
Pemidato akan diadili dari segi penguasaan bahasa yang baik, jelas
dan tepat (struktur dan sebutan) serta gaya yang berkesan iaitu tepat
kepada maksud yang hendak disampaikan.
7.2 Bahagian Pidato Spontan
a) Isi (20 markah)
Pemidato akan diadili dari segi pengutaraan isi-isi yang bernas,
huraian,data-data serta contoh yang tepat serta bersesuaian dengan
soalan yang diberi.
b) Penyampaian (20 markah)
Pemidato akan diadili dari segi persembahan yang lancar, kesesuaian
nada serta persembahan yang meyakinkan penonton. Pemidato juga
perlu menunjukkan gaya yang menarik dan susunan idea yang tertib.
c) Bahasa (10 markah)
Pemidato akan diadili dari segi penguasaan bahasa yang baik, jelas
dan tepat (struktur dan sebutan) serta gaya yang berkesan iaitu tepat
kepada maksud yang hendak disampaikan.
8. KAEDAH PERTANDINGAN
8.1 Kritikan terhadap isu-isu sensitif seperti agama, bangsa, kebudayaan dan
peribadi serta perlakuan atau tutur kata yang kurang sopan adalah
dilarang sama sekali.
8.2 Loceng akan dibunyikan sekali 1 minit sebelum masa tamat dan loceng
akan dibunyikan 2 kali bila masa tamat.
8.3 Apabila loceng berbunyi dua kali menunjukkan masa telah tamat dan
markah tidak akan diberikan oleh hakim kepada peserta yang masih
berpidato selepas masa tamat.
8.4 Pemidato yang membaca nota-nota atau teks-teks semasa berpidato
akan dipotong markah.
8.5 Penggunaan bahasa dan tutur kata yang kurang sopan adalah dilarang
sama sekali.
8.6 Pengerusi majlis berhak menegur pemidato yang melanggar peraturan di
atas.
8.7 Pemidato hendaklah hadir di tempat pertandingan empat puluh lima minit
(45 minit) lebih awal untuk tujuan pengesahan pertandingan. Kegagalan
berbuat demikian akan menyebabkan pemidato tersebut digugurkan dari
pertandingan.
9. HAKIM
9.1 Lima (5) orang hakim berkelayakan akan menghakimi pertandingan pada
Peringkat Pusingan Awal, Peringkat Separuh Akhir dan tujuh orang hakim
(7) untuk Peringkat Akhir.
9.2 Keputusan Hakim adalah MUKTAMAD. Sebarang rayuan tidak akan
dilayan.
No comments:
Post a Comment